Pengenalan
Kepelbagaian
budaya bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan
menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat,
mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, menggalakkan dan menerima sumbangan
berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat
berkenaan. Dalam konteks pendidikan pula pendidikan pelbagai budaya ialah proses
atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih dari pada satu budaya, yang
ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras.
Objektif Kajian
- Memahami definisi pengurusan pembelajaran
- Mengenal pasti tujuan pendidikan pelbagai budaya
- Cara/pendekatan pengurusan pelbagai budaya
- Mengetahui kepentingan pengurusan kepelbagaian budaya
Metodologi
1. Soal selidik
- Melalui pelantar Google Form
- 26 responden
- Rujukan internet seperti blog, jurnal dalam talian, buku dalam talian dan banyak lagi
Perbincangan
1. Definisi &
Teori
Definisi Budaya
- Tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia.
- Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia dari pada persekitaran sosialnya.
- Maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.
Definisi Pelbagai Budaya
Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang
mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi
atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan
dan menerima sumbangan sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang
inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.
Teori Sosial Pelbagai Budaya
Tujuan Pendidikan Pelbagai Budaya
- Meningkatkan pemahaman
- Meningkatkan interaksi kefahaman
- Meningkatkan perasaan kesedaran
- Meningkatkan toleransi
- Meningkatkan pengetahuan
Pendekatan Pengurusan Pelbagai Budaya
1. Pendekatan
pelajar sebagai individu
- Sekumpulan pelajar dikenalpasti sebagai istimewa/khas
- Pelajar memerlukan pengajaran khas sebagai respon kepada kesukaran pembelajaran mereka
- Adalah baik diajar pelajar yang mengalami kesukaran yang sama
- Pelajar lain adalah ‘normal’ dan mendapat manfaat persekolahan
- Kesukaran belajar boleh berlaku kepada mana-mana pelajar.
- Kesukaran pelajar mengarah kepada cara-cara bagaimana pengajaran boleh lebih dikesan
- Tindakan positif guru menghasilkan kadar pembelajaran yang lebih baik bagi semua pelajar
- Sokongan kepada guru adalah penting untuk memajukan amalan mereka.
Kepentingan
Memahami Kepelbagaian Budaya bagi Murid
1. Kepercayaan
- Kepercayaan merupakan idea berkongsi tentang bagaimana dunia beroperasi
- Merupakan penjelesanan dan tafsiran tentang masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan bagi masa depan. (cth: cerita rakyat atau sains)
- Guru dapat mengenali pelbagai kepercayaan
- Guru menghormati kepercayaan masyarakat setempat walaupun mempunyai kepercayaaan yang berbeza.
2. Penerapan Nilai
Guru boleh mengaplikasikan serta memperkenalkan nilai-nilai
murni dalam budaya masyarakat tertentu kepada masyarakat yang lain.
3. Norma dan Sekatan
- Norma merupakan peraturan tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan
- Sekatan merupakan ganjaran dan hukuman yang menggalakan manusia mematuhi norma
- Guru mengetahui norma dan sekatan dalam budaya murid-muridnya.
Kepentingan
Memahami Kepelbagaian Budaya bagi Murid
- Menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya
- Memupuk keterbukaan dan membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah
- Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya
- Mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid
Rumusan
Kesimpulannya,
budaya yang pelbagai masih lagi dianggap tingkah laku sosial yang terdapat di
dalam masyarakat manusia. Pengajaran dan pengurusan pelbagai budaya di sekolah
sangat penting bagi memastikan budaya yang baik dapat dikekalkan dalam suatu
masyarakat. Selain itu, tugas ibu bapa sangat penting untuk memastikan
anak-anak diberi pemahaman tentang kepelbagaian budaya di sekeliling mereka
agar mereka dapat menerima budaya dan mencerminkan budaya yang baik. Akhir
sekali, pendidikan pelbagai budaya amat baik bagi memastikan masyarakat
mempunyai perasaan kesedaran toleransi, pemahamandan pengetahuan agar
mewujudkan masyarakat yang harmoni.








