Sunday, December 20, 2020

Tajuk 5: Pengurusan Tingkah Laku

Objektif

  1. Mengenal pasti faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku.
  2. Mengetahui bentuk hukuman yang digunakan oleh guru di sekolah.
  3. Mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar.
  4. Mengetahui ciri yang perlu ada pada guru untuk berdepan dengan pelajar yang bermasalah.

Dapatan Kajian

1. Soal selidik

  • Melibatkan seramai 29 orang guru yang mengajar di sekolah menengah sebagai responden kajian.
  • Memfokuskan kepada bagaimana guru menangani masalah dan cabaran dalam pengurusan tingkah laku pelajar di sekolah menengah.

2. Kajian Kepustakaan

  • Langkah pengumpulan data yang bersifat sekunder.
  • Menggunakan jurnal ilmiah yang bersesuaian bagi memperkukuhkan lagi topik yang diteliti.

 

Definisi Pengurusan Tingkah Laku

Pengurusan

Pengurusan adalah satu proses perancangan dan penyusunan dalam menyelaraskan sumber-sumber dengan cekap dan berkesan serta selaras dengan matlamat organisasi.

Tingkah Laku

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga adalah tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dari sebarang perbuatan yang telah dilakukan sama ada secara terus atau pun tidak. Di samping itu dalam konteks pendidikan tingkah laku bermasalah merujuk kepada tingkah laku yang merosakan kelancaran dan keberkesannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam bilik darjah.

 

Faktor yang Menyebabkan Masalah Tingkah Laku

Persekitaran

Persekitaran seperti rakan sebaya juga salah satu sebab terjadi masalah tingkah laku kerana remaja lebih meluangkan masa bersama rakan berbanding keluarga.

Media Massa

Media massa juga faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku kerana murid-murid mudah terpengaruh dengan video keganasan yang disiarkan dalam media massa.

Didikan Agama

Kurang didikan agama juga faktor kepada masalah tingkah laku kerana mereka tidak tahu tentang baik dan buruk perkara yang telah dilakukan.

Penderaan

Penderaan juga menjadi salah satu faktor kepada masalah tingkah laku kerana mangsa dera akan membalas dendam kepada orang lain untuk kepuasan terhadap dirinya setelah didera.

Emosi

Emosi merupakan faktor yang mempengaruhi kepada masalah tingkah laku seseorang. Masalah emosi yang dialami menyebabkan diri mereka diganggu dan emosi mereka tidak stabil. Tingkah laku melalui emosi ini tidak dapat dikawal dan akan bertindak mengikut emosi tanpa berfikir panjang.

 

Mengetahui Bentuk Hukuman yang Digunakan oleh Guru di Sekolah

Terdapat 3 bentuk hukuman yang diperuntukkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu kesalahan berat, kesalahan sederhana dan kesalahan ringan. Berikut adalah pandangan hukuman yang telah dinyatakan oleh guru sekolah menengah melalui borang soal selidik iaitu: 

  • Rotan
  • Denda
  • Tindakan unit disiplin
  • Memberi kaunseling
  • Nasihat
  • Membuat kerja-kerja sosial
  • Hukuman yang melibatkan psikologi

 

Cara Mengatasi Tingkah Laku Pelajar Bermasalah

  • Mengkaji sebab sebelum denda
  • Mendidik agar memtuhi peraturan sekolah
  • Berbincang bersama pelajar dan ahli waris
  • Menasihati pelajar tersebut
  • Kaunseling
  • Mengenakan tindakan disiplin

Ciri-ciri yang perlu ada pada Seorang Guru apabila Berhadapan dengan Pelajar Bermasalah

 

 

Perbincangan

1. Kekuatan

  • Dapat merekodkan data tentang dapatan kajian melalui aplikasi google form.
  • Dapat maklum balas yang baik daripada 29 orang responden iaitu guru sekolah menengah tentang pengurusan tingkah laku ini.
  • Menggunakan google form untuk memudahkan kerja dalam soal selidik bagi mendapatkan respon daripada guru-guru dengan lebih cepat.

 2. Kelemahan

  •  Responden tidak dapat menjawab dengan secara bersemuka.
  • Perbincangan yang kurang sistematik disebabkan masalah teknikal seperti gangguan internet.
  • Tidak mendapat maklumat yang terperinci berkaitan tajuk tugasan daripada guru yang berpengalaman secara bersemuka.

3. Penambahbaikan

  • Perlu mempelajari dalam mempelbagaikan kaedah metodologi untuk membantu dalam memperkukuhkan dapatan kajian.
  • Perlu menguasai pelbagai aplikasi dengan lebih mendalam bagi memudahkan aktiviti perbincangan bersama ahli kumpulan.

 

Rumusan

Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku ini amat penting dalam pentadbiran sekolah bagi menangani masalah tingkah laku murid. Hal ini kerana, kita perlu mengenal pasti punca terjadinya masalah tingkah laku yang dilakukan oleh seseorang murid kerana murid hanya melakukan tindakan dengan bersebab. Selain itu, pihak sekolah jangan terus memberi hukuman kepada murid yang mempunyai masalah tingkah laku kerana dengan hukuman tidak dapat membendung dan menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, pihak sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi menangani masalah tingkah laku yang berlaku di sekolah.




No comments:

Post a Comment