Sunday, December 20, 2020

Tajuk 6: Pengurusan Penasihatan Murid

Pengenalan

  • Bimbingan dan penasihatan merupakan satu aspek yang sangat dititiberatkan lebih-lebih lagi dalam kalangan remaja yang sedang meningkat dewasa.
  • Proses bimbingan dan penasihatan ini dapat memberikan mereka lebih celik tentang hidup serta mampu membina peribadi yang beretika, beriman dan seimbang dari segi jasmani, emosi dan rohani.

Objektif

  1. Menjelaskan konsep pengurusan penasihatan murid secara terperinci
  2. Mengenal pasti perbezaan antara bimbingan dan penasihatan dengan kaunseling di sekolah
  3. Membincangkan prinsip-prinsip dalam pengurusan penasihatan murid
  4. Menghuraikan kesan-kesan apabila sistem penasihatan tidak dijalankan di sekolah

Metodologi

1. Kajian Kepustakaan

Kami telah memilih satu kaedah bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan iaitu kajian kepustakaan melalui bahan-bahan seperti buku, jurnal, tesis dan kertas persidangan.


Dapatan Kajian

1. Konsep Pengurusan Penasihatan Murid

Bimbingan

  • Satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekeliling
  • Menolong individu membuat pilihan yang tepat

Penasihatan

  • Fokus kepada masalah yang dihadapi
  • Menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat

Mentoring

  • Proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara professional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu
  • Proses yang melibatkan mentor dan mentee

2. Perbezaan antara Bimbingan dan Penasihatan dengan Kaunseling di Sekolah


3. Prinsip-prinsip dalam Pengurusan Penasihatan Murid

Peluang perkhidmatan
Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberikan peluang perkhidmatan penasihatan tanpa mengira kaum, status, latar belakang, sosial, agama dan kepercayaannya.

Merancang tindakan susulan
Tindakan susulan hendaklah dirancang selepas proses penasihatan agar memastikan masalah yang dihadapi dapat diatasi.

Tanggungjawab bersama
Perkhidmatan penasihatan ini tanggungjawab bersama sama ada antara pembimbing dengan murid ataupun pembimbing dengan ibu bapa.

Kaunselor yang bertauliah
Penasihatan hanya boleh dilakukan oleh kaunselor yang telah dilatih dalam bidang khas kaunseling.


4. Kesan-kesan apabila Sistem Penasihatan tidak Dijalankan di Sekolah

Kemerosotan disiplin pelajar

  • Pelajar mempamerkan tingkah laku yang nakal
  • Mengalami krisis identiti iaitu mencari identiti yang sesuai

Sekolah dianggap tidak lengkap

  • Perkhidmatan bimbingan mempengaruhi secara positif kepada faktor yang berkaitan dengan perkembangan pendidikan

Kemerosotan akademik pelajar

  • Masalah akademik tidak dapat dirungkaikan dengan betul
  • Pelajar tidak dapat berkongsi masalah yang dihadapinya

Tiada sokongan moral kepada pelajar

  • Pelajar perlukan sokongan dalam bentuk pujian dan kasih sayang
  • Galakan yang diberi kepada pelajar dapat meningkatkan prestasi seseorang pelajar

Perbincangan

Kekuatan

  • Dapat mengakses maklumat menerusi kajian kepustakaan dengan mudah mengenai tajuk diberi.
  • Dapat maklum balas yang baik dalam pembahagian tugas dalam kumpulan.

Kelemahan

  • Terdapat beberapa teori yang dijumpai menerusi kajian kepustakaan tidak tepat dan perlu penambahbaikan.
  • Perbincangan kajian tidak dapat dijalankan secara menyeluruh disebabkan masalah teknikal seperti gangguan internet.

Penambahbaikan

  • Perlu mencari maklumat kajian tersebut dengan lebih mendalam dengan cara mempelbagaikan kaedah metodologi yang berkesan.
  • Perlu meluaskan skop tajuk dan subtopik bagi memastikan objektif kajian dapat dicapai.

Rumusan

Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membantu pelajar-pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Cara pendekatan yang berbeza ke atas setiap pelajar harus diwujudkan agar mereka menyedari kewujudan pihak lain yang mengambil berat tentang diri mereka.


No comments:

Post a Comment