Pengenalan
- Menurut Peter F. Drucker, pengurusan ialah
satu proses sosial dibentuk untuk mendapatkan kerjasama, penyertaan dan
penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi bagi mencapai sesuatu
maklumat atau objektif yang paling berkesan.
- Penyataan Peter F. Drucker itu telah
disokong oleh Morphet (1982) yang menyatakan bahawa kecekapan
pentadbiran akan menyumbang kepada matlamat organisasi tersebut.
- Dalam bab ini telah mengkaji dari sudut Pengurusan Murid iaitu meliputi jenis rekod, konsep kesediaan murid, motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinik kepada murid serta teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menggunakan teknik behavioris, teknik kognitif dan teknik humanis.
- Mengetahui jenis rekod dalam pengurusan murid.
- Mengenal pasti konsep kesediaan murid dari segi kognitif, afektif dan psikomotor.
- Memberikan motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran.
- Mengaplikasikan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) menggunakan teknik behavioris, teknik kognitif dan teknik humanis.
- Menurut
Ahmad Munawan Ismail (2014), metodologi merupakan satu kaedah yang
digunakan untuk melaksanakan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu
mengikut disiplin yang tertentu.
- Kajian ini merupakan satu kajian mengenai pengurusan rekod murid, kesediaan murid belajar dan memotivasikan murid.
- Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian tinjauan
diskriptif.
- Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujukan
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan
analisis data.
- Dengan menggunakan laman web, pengkaji akan
melakukan pemerhatian berdasarkan maklumat tersedia berkenaan pengurusan
murid. Oleh hal yang demikian, pengkaji akan menjalankan kajian
berdasarkan kaedah tersebut agar dapat memperolehi maklumat yang tepat
- Menurut
Mohd Majid Kanting (1998), sampel merupakan proses pemilihan elemen-elemen
dalam populasi kajian bagi tujuan mewakili populasi sebuah kajian. Sampel
yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan populasi
dalam penyelidikan.
- Kajian
ini menggunakan kaedah persampelan secara rawak tak mudah iaitu dengan
melakukan pemerhatian berdasarkan maklumat tersedia bagi mendapatkan
maklumat berkaitan pengurusan murid.
- Instrumen kajian ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang.
- Instrumen kajian pengurusan murid ini dijalankan berdasarkan kaedah kualitatif iaitu pemerhatian berdasarkan maklumat tersedia.
- Kajian kualitatif ialah kajian yang menekankan kepada penghasilan makna untuk memahami fenomena sosial dengan mengambil kira perkara-perkara yang tidak disentuh oleh kajian kualitatif, seperti pandangan dan keanehan seseorang, akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang.
- Pengkaji
mengetahui bahawa mengurus rekod murid adalah salah satu tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan oleh guru, dan pengurusan rekod murid dikaitkan
dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk
menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan
ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat
murid ke dalam bentuk rekod.
- Selain
itu, berkaitan dengan kesediaan murid belajar, pengkaji mendapati bahawa
kesediaan belajar ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek
seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai.
- Seterusnya,
pengkaji mendapati bahawa terdapat cara yang dapat dilakukan untuk
memotivasikan pelajar. Hal ini dikatakan sedemikian apabila cara
memotivasikan pelajar adalah seperti menetapkan matlamat, mengambil berat,
penglibatan pelajar, dan memenuhi keperluan pelajar.
- Pelaksanaan
kajian rintis adalah mempunyai hubung kait dengan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen.
- Untuk
itu kajian rintis telah dilaksanakan menerusi kajian pengurusan murid bagi
menentukan dan mengesahkan instrumen yang telah dibina.
- Instrumen
ini adalah terdiri daripada pemerhatian berdasarkan maklumat tersedia bagi
memastikan bertepatan dengan objektif yang ditetapkan.
- Menurut,
Jaafar Muhammad (1998) pengurusan merupakan satu proses pengagihan
input-input dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan, dan
pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output yang diperlukan oleh
pelanggan supaya objektif organisasi tercapai.
- Peter
F. Drucker menyatakan pengurusan sebagai proses sosial yang dibentuk
untuk memberi kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang
lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan bagi mencapai objektif utama.
- Didefinisikan sebagai bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penerimaan, penggunaan dan ciri rekod.
- Ini termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
- Dilakukan supaya maklumat yang berkaitan dengan murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur, cekap dan selamat daripada perkara-perkara yang akan memusnahkannya.
- Menyediakan maklumat lengkap dan mengenai kemajuan murid dalam segala aspek perkembangan potensi (intelek, rohani, jasmani dan sosial).
- Sebagai panduan kepada ibu bapa dalam memahami kemajuan dan kelebihan anak mereka.
- Sebagai panduan kepada pelajar itu sendiri untuk mengetahui potensi diri masing-masing.
- Rekod kutipan yuran
- Rekod pendaftaran
- Rekod kedatangan
- Rekod prestasi
- Rekod profil
- Kesediaan Psikomotor
- Pendekatan Guru Memotivasikan Pelajar
- Memberi penerangan yang jelas.
- Memberi ganjaran kepada pelajar yang tidak mempunya motivasi dalaman yang kuat.
- Menetapkan matlamat kepada pelajar
- Penglibatan Pelajar dalam pembelajaran
- Ambil Berat tentang pelajar dan masalah mereka
- Motivasi Instrinsik
Motivasi instrinsik merupakan sebuah motivasi dalaman. Ia melibatkan perasaan ingin tahu mengenai sesuatu perkara dan melibatkan penggunaan praktikal perkara yang dipelajari. Pelajar yang bermotivasi intrinsik adalah lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam tugas sukarela seperti menolong orang lain yang berada dalam kesusahan, serta bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dan meningkatkan keupayaan mereka. Hal ini bermaksud pelajar itu melakukan sesuatu tugas kerana tugas itu sendiri yang menyebabkannya berasa seronok dan puas hati tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran.
- Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik merupakan sebuah motivasi luaran, iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran seperti memberi markah, gred, agregat, keistimewaan, penghargaan, pujian, persaingan dan sebagainya yang diberi untuk sesuatu pencapaian prestasi yang baik. Tujuan motivasi ektrinsik ini ialah menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang akan membawa faedah kepadanya. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat.
Pengurusan Pembelajaran Murid
Pendekatan Behavioris
- Mempelajari tingkah laku manusia.
- Perubahan tingkah laku- rangsangan dan respon (interaksi dengan persekitaran).
- Contoh: guru bagi rangsangan (hadiah) untuk murid menyiapkan kerja sekolah.
- Respon murid- berusaha untuk siapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru kerana adanya hadiah.
- Jadi guru dapat menguruskan murid yang tidak suka untuk belajar/menyiapkan kerja sekolah.
Pendekatan Humanis
- Otak memainkan peranan penting dalam memahami persekitaran.
- Pemahaman murid terhadap persekitaran (berpusatkan pelajar).
- Guru wujudkan pembelajaran yang melibatkan penerokaan.
- Murid boleh membina pengetahuan berdasarkan pengalaman mereka sendiri.
- Jadi guru boleh menguruskan murid dengan cara newujudkan persekitaran sosial yang baik kepada pelajar.
Pendekatan Kognitif
- Menekankan kepada dalaman diri murid (keinginan untuk belajar).
- Perkembangan individu sihat melalui keinginan ataupun motivasi yang ada dalam diri mereka untuk belajar.
- Contoh: Guru berikan motivasi atau dorongan (kata-kata semangat untuk murid yang mempunyai masalah dalam pelajaran).
- Guru boleh memainkan peranan sebagai fasilitator kepada murid jika mereka memerlukan bantuan.
Perbincangan
1. Kekuatan
- Pengesanan penggunaan rekod yang bersesuaian dengan maklumat yang ingin direkodkan akan membantu proses merekodkan data dengan tepat.
2. Kelemahan
- Setiap individu (murid) sudah pasti mempunyai tahap kesediaan yang berbeza dan ianya sukar untuk diramal.
3. Cabaran
- Penerimaan murid terhadap motivasi yang diberikan juga kadang kala tidak dapat diterima dan menjadi suatu cabaran guru dalam menguruskan murid.
4. Peluang Penambahbaikan
- Kelemahan yang dikenal pasti dapat diatasi dengan mengaplikasikan teknik yang bersesuaian dengan perkembangan murid berdasarkan 3 jenis teori yang dinyatakan dalam objektif kajian.
Rumusan
Jelaslah bahawa,
Pengurusan murid memerlukan jenis rekod untuk menanda kedatangan, mengenalpasti
masalah dan sebagainya. Seterusnya guru perlulah mengambil berat akan persedian
murid untuk belajar dari segi kognitif, psikomotor dan afektif. Di samping itu juga, guru haruslah memberi
motivasi insrinsik dan motivasi ekstrinsik kepada pelajar untuk meningkatkan
prestasi pelajaran mereka. Selain itu, guru haruslah menggunakan teknik yang
betul untuk proses pengajaran dan pelajaran (PdP) murid iaitu menggunakan
teknik behavioris, teknik kognitif dan teknik humanis. Pengurusan murid
merupakan satu bidang yang penting di sekolah.



No comments:
Post a Comment