Saturday, December 19, 2020

Tajuk 3: Pengurusan Sumber

 Objektif

  1. Mengetahui apakah definisi pengurusan sumber
  2. Mengenal pasti konsep pembelajaran berasaskan sumber
  3. Memahami peranan dan fungsi sumber pembelajaran
  4. Mengaplikasikan kemahiran mengakses sumber pembelajaran
Metodologi Kajian
  • Menemubual wakil guru di sekolah
  • Temubual atas talian
  • 2 responden/guru

   Dapatan Kajian

1. Definisi Pengurusan Sumber

  • Bagaimana manusia mengurus sumber dalam mencapai matlamat

Pengurusan

  • Proses, perancangan dan penyusunan dalam menggunakan sumber secara cekap.

Sumber (Primer, Sekunder, Tertier)

  • Suatu bahan untuk membantu dalam pelajaran.

 2. Konsep Pembelajaran Berasaskan Sumber

  • Corak pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang perlu dilaksanakan setiap guru mendokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Menurut Noraffandy Yahya dan Wan Salihin Wong Abdullah (1999), perlu ada beberapa pendekatan untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang berkesan.

 

                                                  

Pengurusan Sumber

1. Pusat Sumber
  • Satu organisasi yang bertugas, mengumpul, menyebar dan membuat alat bahan pengajaran dan pembelajaran.

2. Pengajaran dan Pembelajaran
  • Cara guru mengurus sumber atau bahan bacaan ketika proses PdP berjalan.

3. Infrastruktur
  • Untuk melahirkan persekitaran yang kondusif kepada murid dan guru.

4. Manusia
  • Untuk memastikan manusia bekerja di sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat.

  


 Peranan dan Fungsi Sumber Pembelajaran

1. Media Komunikasi

  • Membantu pelajar untuk mendalami teori dan konsep yang disampaikan.

2. Penggunaan rakaman

  • Menarik minat pelajar.
  • Contohnya: radio dan televisyen

3. Penggerak penggunaan pelbagai media

  • Guru bantu pelajar mencari maklumat sendiri melalui situasi penyelesaian masalah.

 

Jenis Sumber Pembelajaran

1. Sumber Asas

  • Papan tulis, buku teks, buku kerja dan guru sendiri sebagai model.

2. Sumber bukan Elektronik

  • Gambar, lukisan, carta, graf, poster dan kartun.

3. Sumber Elektronik

  • Slaid, radio, televisyen, video, projektor LCD dan pembesar suara.

4. Sumber Bercorak Pengalaman

  • Lakonan, lawatan, projek, pamerandan bahan alam sekitar.


Kriteria Memilih Sumber

1. Masa

  • Digunakan pada masa yang bersesuaian dan berkesan.

2. Jumlah

  • Bersesuaian dengan jumlah pelajar.

3. Tempat

  • Bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran.

4. Senang Diperoleh

  • Bahan yang mudah diperoleh.

5. Kesukaran

  • Menggunakan sumber mengikut tahap kemahiran guru dan pelajar.

6. Jimat Masa

  • Penerangan lebih cepat dan jelas.

4. Kemahiran Akses Sumber Pembelajaran

  • Berasaskan sumber yang bergantung kepada keupayaan pelajar untuk mendapatkan maklumat terperinci.
  • Mengakses maklumat untuk mendapatkan sumber atau bahan dalam pembelajaran.


Kesimpulan

   Secara keseluruhannya, definisi pengurusan sumber adalah penting bagi setiap individu terutamanya pelajar dan guru kerana pengurusan sumber sangat kerap digunakan di sekolah untuk pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai matlamat yang dituju.

       Konsep pembelajaran berasaskan sumber adalah sangat penting untuk diambil tahu kerana di sini kita dapat memperoleh ilmu dalam strategi pendekatan untuk menghasilkan persekitaran pembelajaran yang berkesan.

   Memahami maksud sebenar peranan dan fungsi pengurusan sumber dapat mengelakkan pelajar dan guru daripada tersasar dalam matlamat asalnya dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat mempelbagaikan persekitaran pembelajaran.

   Kemahiran mengakses sumber pembelajaran adalah sangat penting bagi guru dan murid supaya lebih mudah untuk mereka mencari bahan bacaan untuk pengajaran dan pembelajaran dengan sendiri berikutan dengan situasi pengajaran dan pembelajaran pada masa kini.

No comments:

Post a Comment