Friday, December 18, 2020

Tajuk 2: Pengurusan Bilik Darjah

 Objektif

  1. Definisi pengurusan bilik darjah.
  2. Strategi pengurusan bilik darjah dari segi fizikal, emosi, tingkah laku, pengurusan pembelajaran dan pengurusan sosial.
  3. Kesan pengurusan yang tidak sistematik.
  4. Pelaksanaan pengurusan bilik darjah abad ke-21.

Kaedah Pengumpulan Data
  • Sesi temubual
  • Soal selidik
  • 4 responden
  • 21 soalan soal selidik

Dapatan Kajian

1. Definisi Pengurusan Bilik Darjah
  1. Pengurusan dan penyediaan tempat pembelajaran, dan pengajaran yang menyumbang kepada kelancaran proses PdP yang lebih bermakna.
  2. Pengurusan fizikal bilik darjah dan bagaimana seorang guru itu mematuhi apa yang sepatutnya melengkapi sistem di bilik darjah.
  3. Cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti PdP, susun atur keadaan fizikal & keadaan psikososial dalam bilik darjah.
  4. Satu bentuk pengurusan terhadap keadaan fizikal kelas,dan kawalan pelajar/murid semasa PdP berlangsung.

2. Strategi Pengurusan Bilik Darjah dari Segi Fizikal, Emosi, Tingkah Laku, Pengurusan Pembelajaran dan Pengurusan Sosial

1. Fizikal

  • Penyusunan meja, kerusi, papan tulis, sudut bacaan, dll

2. Emosi

  • Mewujudkan persekitaran positif
  • Guru bersikap mesra, terbuka tetapi tegas
  • Memberi pujian kepada pelajar
  • Sokongan ibu bapa

3. Tingkah laku

  • Penegasan terhadap peraturan kelas
  • Bersikap adil terhadap semua pelajar
  • Mengawal pelajar dalam memberi sumbang-saran
  • Penambahbaikan dalam strategi mengajar

4. Pengurusan pembelajaran

  • Penggunaan teknologi dan ict
  • Latihan pengukuhan, ujian, & tugasan
  • Penggunaan aplikasi pembelajaran 

5. Pengurusan Sosial

  • Aktiviti melibatkan integrasi kaum
  • Mengadakan sambutan hari guru, hari raya atau program kebudayaan
  • Peka terhadap isu sensitif
  • Jadual tugas


3. Kesan Buruk Pengurusan Bilik Darjah yang tidak Sistematik

  • PdP tidak berjalan dengan lancar dan teratur.
  • Prestasi akademik pelajar akan menurun.
  • Mengurangkan motivasi pelajar semasa sesi PdP.
  • Pelajar cepat bosan dan menyebabkan masalah disiplin berlaku.

Pembelajaran Abad ke-21



Kesimpulan Objektif 1

Secara keseluruhan, pengurusan fizikal bilik darjah sangat penting untuk memastikan keadaan dalam bilik darjah kemas dan teratur. Oleh itu, pelajar akan dapat belajar dengan lebih tenang dan selesa. Seterusnya ialah kaedah pengajaran yang lebih efektif. Dengan strategi pengajaran guru yang efektif, para pelajar akan lebih bersemangat dan tidak bosan semasa sesi PdP berjalan. Selain itu, sistem bilik darjah perlulah lengkap dan dilakukan dengan sebaiknya. Akhir sekali, pengawalan tingkah laku pelajar semasa PdP sangat penting untuk memastikan ia dapat berjalan dengan lancar.

Kesimpulan Objektif 2

Kaedah pengurusan bilik darjah secara fizikal adalah penting kerana ia mempengaruhi keselesaan dan fokus pelajar semasa PdP. Pengurusan dari segi emosi mendorong pelajar untuk sentiasa bermotivasi dan berfikiran positif yang mana akan meningkatkan kesediaan mereka untuk belajar. Pengurusan terhadap tingkah laku pelajar pula penting bagi memastikan disiplin pelajar terjamin yakni akan menyumbang kepada peningkatan fokus terhadap proses pembelajaran. Penggunaan kaedah PdP yang menarik dan bersifat daya maju membantu guru memaksimumkan input yang diterima pelajar. Pengurusan sosial menggalakkan perpaduan dalam kalangan pelajar selaras dengan objektif KPM.

Kesimpulan Objektif 3

Kesan pengurusan bilik darjah yang tidak baik akan menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta menyukarkan sebarang proses yang melibatkan sistem bilik darjah.

Kesimpulan Objektif 4

Pembelajaran abad ke-21 lebih mencabar strategi pengajaran guru namun pada masa yang sama memvariasikan pendekatan yang memaksimumkan penerimaan input pelajar.


 






No comments:

Post a Comment