Monday, December 21, 2020

Tajuk 7: Pengurusan Pelbagai Budaya

Pengenalan

Kepelbagaian budaya bermaksud satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, menggalakkan dan menerima sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan. Dalam konteks pendidikan pula pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih dari pada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras.

Objektif Kajian

  1. Memahami definisi pengurusan pembelajaran
  2. Mengenal pasti tujuan pendidikan pelbagai budaya
  3. Cara/pendekatan pengurusan pelbagai budaya
  4. Mengetahui kepentingan pengurusan kepelbagaian budaya

Metodologi

1. Soal selidik

  • Melalui pelantar Google Form
  • 26 responden

 2. Rujukan Internet

  • Rujukan internet seperti blog, jurnal dalam talian, buku dalam talian dan banyak lagi

 

Perbincangan

1. Definisi & Teori

Definisi Budaya

  • Tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam masyarakat manusia.
  • Budaya merujuk kepada ciri-ciri atau hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia dari pada persekitaran sosialnya. 
  • Maksud tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi.

Definisi Pelbagai Budaya

Satu sistem kepercayaan dan tingkah laku yang mengiktiraf dan menghormati kewujudan kepelbagaian dalam kelompok sebuah organisasi atau masyarakat, mengakui dan menghargai perbezaan sosiobudaya, dan menggalakkan dan menerima sumbangan sumbangan berterusan mereka dalam konteks dan budaya yang inklusif dalam organisasi atau masyarakat berkenaan.

 

Teori Sosial Pelbagai Budaya




Tujuan Pendidikan Pelbagai Budaya

  • Meningkatkan pemahaman
  • Meningkatkan interaksi kefahaman
  • Meningkatkan perasaan kesedaran
  • Meningkatkan toleransi
  • Meningkatkan pengetahuan

 

Pendekatan Pengurusan Pelbagai Budaya

1. Pendekatan pelajar sebagai individu

  • Sekumpulan pelajar dikenalpasti sebagai istimewa/khas
  • Pelajar memerlukan pengajaran khas sebagai respon kepada kesukaran pembelajaran mereka
  • Adalah baik diajar pelajar yang mengalami kesukaran yang sama
  • Pelajar lain adalah ‘normal’ dan mendapat manfaat persekolahan

 2. Pendekatan Kurikulum

  • Kesukaran belajar boleh berlaku kepada mana-mana pelajar.
  • Kesukaran pelajar mengarah kepada cara-cara bagaimana pengajaran boleh lebih dikesan
  • Tindakan positif guru menghasilkan kadar pembelajaran yang lebih baik bagi semua pelajar
  • Sokongan kepada guru adalah penting untuk memajukan amalan mereka.

 

Kepentingan Memahami Kepelbagaian Budaya bagi Murid

1. Kepercayaan

  • Kepercayaan merupakan idea berkongsi tentang bagaimana dunia beroperasi
  • Merupakan penjelesanan dan tafsiran tentang masa lalu, penjelasan tentang masa kini atau ramalan bagi masa depan. (cth: cerita rakyat atau sains)
  • Guru dapat mengenali pelbagai kepercayaan
  • Guru menghormati kepercayaan masyarakat setempat walaupun mempunyai kepercayaaan yang berbeza.

2. Penerapan Nilai

Guru boleh mengaplikasikan serta memperkenalkan nilai-nilai murni dalam budaya masyarakat tertentu kepada masyarakat yang lain.

3. Norma dan Sekatan

  • Norma merupakan peraturan tentang apa yang boleh atau tidak boleh dilakukan
  • Sekatan merupakan ganjaran dan hukuman yang menggalakan manusia mematuhi norma
  • Guru mengetahui norma dan sekatan dalam budaya murid-muridnya.

 

Kepentingan Memahami Kepelbagaian Budaya bagi Murid

  • Menyedari dan menghargai kepelbagaian budaya
  • Memupuk keterbukaan dan membina hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah
  • Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya
  • Mencapai matlamat akademik dan tuntutan sosial murid

 

Rumusan

Kesimpulannya, budaya yang pelbagai masih lagi dianggap tingkah laku sosial yang terdapat di dalam masyarakat manusia. Pengajaran dan pengurusan pelbagai budaya di sekolah sangat penting bagi memastikan budaya yang baik dapat dikekalkan dalam suatu masyarakat. Selain itu, tugas ibu bapa sangat penting untuk memastikan anak-anak diberi pemahaman tentang kepelbagaian budaya di sekeliling mereka agar mereka dapat menerima budaya dan mencerminkan budaya yang baik. Akhir sekali, pendidikan pelbagai budaya amat baik bagi memastikan masyarakat mempunyai perasaan kesedaran toleransi, pemahamandan pengetahuan agar mewujudkan masyarakat yang harmoni.

 

No comments:

Post a Comment