Pengenalan
Program
PPDa merupakan salah satu program melibatkan pelajar anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan dalam
usaha melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah
dan gejala sosial bagi mengurangkan gejala merokok, ponteng sekolah, melawan guru,
mencuri, bergaduh dan merosakkan harta benda sekolah serta risiko gejala sosial
diluar sekolah seperti penglibatan dengan kumpulan samseng, pergaulan bebas, melepak
dan lari dari rumah.
Statistik
berkaitan:
Fungsi Cakna Statistik di atas:
- Statistik di atas merupakan rangkaian perkaitan gejala dadah yang berlaku sepanjang tahun 2020 dalam tempoh yang tertentu. Fungsi cakna akan statistik tersebut mampu membawa kepada titik kesedaran dalam kalangan belia.
- Statistik tersebut juga merupakan bukti kepada gejala penglibatan dadah yang sukar dibendung meskipun mempunyai strategi dan kaedah yang menjadi mekanisme tahun demi tahun untuk membantu pengurangan statistik dadah di negara ini.
- Kerajaan yang prihatin masa kini, terus mendepangi dan berusaha keras membantu mencegah penularan wabak COVID-19 dan memberikan perhatian penuh terhadap isu gejala dadah di negara ini.
Objektif Kajian
- Mengenalpasti punca berlakunya kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar.
- Menjelaskan peranan guru dalam menguruskan pengurasan pencengahan dadah (PPDa)
- Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan pelajar, ibu bapa dan guru.
- Membina ketahanan jati diri yang tinggi dalam kalangan pelajar yang merangkumi aspek JERIS.
Metodologi Kajian
1.
Kaedah Pengumpulan Data
(a) Tinjauan
soal-selidik
- Seramai 9 orang guru yang mengajar di sekolah menengah dijadikan sebagai responden.
- Tinjauan yang dilakukan adalah untuk mendapat maklumat daripada guru-guru di sekolah menengah mengenai Tinjauan Pengurusan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa).
(b) Kajian
Perpustakaan
- Kajian perpustakaan melibatkan pencarian bahan-bahan sekunder seperti laporan, kajian, penulisan dan penerbitan daripada pihak-pihak tertentu.
2.
Kepentingan Kaedah Soal Selidik
Dijalankan
dalam kalangan guru dan kaunselor yang berdaftar diperingkat sekolah dan daerah
tertentu. Kaedah soal selidik memainkan peranan sebagai sumber mendapatkan informasi
dan pengetahuan dan pengalaman para guru yang terlibat secara langsung atau tidak.
Perkara ini juga turut melibatkan interaksi dua hala diantara belia dan golongan
penjawat awam bergelar guru.
3.
Kaedah yang Bersesuaian Memberikan Impak:
- Menyuntik kesedaran tentang mengambil tahu dan mencegah gelaja dadah dalam kalangan guru.
- Belia akan lebih cakna akan kepentingan masyarakat setempat.
- Kaedah soal selidik mampu dijalankan dalam tempoh yang berkala.
- Mewujudkan masyarakat yang prihatin akan satu sama lain.
Dapatan Kajian
1. Punca Penyalahgunaan Dadah
- Pengaruh keluarga dan ibu bapa
- Pengaruh rakan sebaya
- Masalah gejala sosial dikawasan perumahan
2. Meningkatkan Pengetahuan dan Kefahaman
- Pendedahan Program/Minggu PPDa kepada para pelajar mampu menerapkan kesedaran dan memupuk jati diri yang tinggi untuk menjauhi kancah dadah.
- Penglibatan ibu bapa amat penting dalam membantu para pelajar mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah dan mengawasi aktiviti terluang para pelajar.
- Pengawasan yang berpada daripada ibu bapa dan guru terhadap para pelajar mampu membendung penglibatan dalam kancah dadah dalam kalangan pelajar sekaligus membuka mata semua pihak akan implikasi negatif dadah dalam kehidupan.
- Ibu bapa dan guru perlu memahami tanpa menghukum para pelajar yang telah tersilap langkah serta membantu para pelajar yang terlibat dalam gejala dadah ke jalan yang lebih baik demi masa depan para pelajar.
3. Peranan AADK
- Mencegah dan membendung seseorang daripada terlibat dengan gejala dadah.
- Merawat dan memulihkan penagih dadah di pusat rehabilitasi dan pusat pemulihan.
- Memastikan bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah dibanteras sebaik mungkin.
4. Usaha Guru dalam Membantu Pihak Sekolah
agar PPDA dapat Dijalankan dengan Baik
(a) Strategi 1- Pengurusan dan Kepimpinan (Program Gerak Sedar Bersepadu)
- Satu aktiviti dalam bentuk kempen yang bertujuan menimbulkan kesedaran untuk menjauhi dadah.
(b)Strategi 2- Kurikulum [Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDA) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)]
- Program Pendidikan Pencegahan Dadah disepadukan dalam mata pelajaran di sekolah.
(c) Strategi 3- Pembentukan Sahsiah (Program Waja Diri)
- Satu program perkhemahan yang melibatkan tentang pengetahuan dalam Pendidikan Pencegahan Dadah.
(d) Strategi 4- Kokurikulum [Program Skim
Lencana Antidadah (SLAD)]
- Satu program terancang untuk melibatkan ahli-ahli Persatuan Pakaian Seragam Menengah dalam aktiviti antidadah di sekolah dan akhirnya kepada masyarakat luar.
Perbincangan
1. Kekuatan
- Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah menunjukkan keberkesanan dalam membendung gejala dadah dalam kalangan pelajar.
- Pihak-pihak yang terlibat di sekolah mempunyai kelebihan dan kuasa sepenuhnya dalam menjalankan aktiviti seperti pemeriksaan pelajar membawa rokok atau bahan terlarang (dadah).
- Merekod dan mengenal pasti para pelajar yang cenderung dan terdedah dengan gejala dadah dalam usia yang muda yang merujuk kepada faktor keluarga dan persekitaran rumah.
- Pengkalan data yang komprehensif.
- Mudah dirujuk oleh pihak yang berkuasa.
2. Kelemahan
Aktiviti
Pemantauan dan Penilaian Program
- Peningkatan bilangan penagih dadah yang dikesan setiap tahun telah memberi gambaran bahawa strategi antidadah yang digunakan sejak penggubalannya pada tahun 1983 mungkin belum dapat memberi impak seperti yang disasarkan.
Ketidaktepatan Pemfokus Kumpulan Sasaran Juga
Perlu Diberi Perhatian Oleh Semua Pihak
- Pelajar lelaki yang bermasalah dalam pembelajaran selalu tidak disertakan dalam mana-mana program PPDa yang dilaksanakan berikutan golongan pelajar ini tidak berminat atau tidak dipilih untuk menyertai pertandingan kerana pencapaian akademik yang tidak memuaskan.
3. Peluang
Perhubungan
Antara Agensi Kerajaan Seperti Yang Terdapat Dalam Aspek Pembentukan Sahsiah Dalam
Dapatan Kajian Dapat Diperkukuhkan
- Perhubungan dua hala dan pelbagai hala antara agensi dan pihak sekolah seperti AADK, PDRM, PEMADAM, PIBG, KKM dan lain-lain memberikan impak positif dalam memudahkan sebarang urusan dan proses yang melibatkan agensi-agensi sekaligus memperolehi peruntukan tambahan daripada kerajaan secara mudah dan lancar.
Pihak
Sekolah juga perlu Membangunkan Sistem Ict yang Lebih Kompetitif
- Aspek penting untuk proses penyimpanan data dan maklumat yang banyak serta memudahkan pihak sekolah untuk mengakses maklumat yang diperlukan dengan pantas.
4. Ancaman
Aktiviti yang paling Diminati Oleh Pelajar adalah Berteraskan Seni dan Kreativiti Namun
Kurang Dilaksanakan dalam Kalangan Pelajar
- Perkara ini telah merembeskan kekurangan minat para pelajar untuk menyertai aktiviti atau pertandingan berteraskan akademik sahaja yang kerap berlangsung di peringkat sekolah.
Strategi Pengumpulan Data dan Aktiviti Penilaian seperti
Pemantauan Program seperti Dijelaskan Sebelum ini perlu Dijalankan dengan Lebih
Kerap
- Wujud golongan pelajar yang terabai dan mendorong mereka melakukan perkara di luar jangkaan sekaligus memberikan kesukaran untuk di kawal dan dibendung tindakan mereka kelak.
Rumusan
Secara
keseluruhannya, penubuhan Program PPDa ini wajar diadakan di setiap sekolah kerana
program ini merupakan langkah awal serta pendedahan awal yang efektif dalam memberi
pengetahuan, peringatan dan amaran kepada para pelajar mengenai bahaya dan akibat
yang bakal diterima sekiranya terlibat dalam kegiatan dadah. Pelajar merupakan golongan
terbesar dalam kategori belia yang merupakan golongan yang amat signifikan dalam
mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan pada masa akan
datang.



No comments:
Post a Comment