Pengenalan
Terdapat banyak isu keselamatan yang berlaku di sekolah
Malaysia sebagai contoh KUALA LUMPUR: Insiden terbaru membabitkan seorang
pelajar tingkatan dua maut akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput, di
Gemas, Negeri Sembilan. Ini menunjukkan aspek keselamatan di sekolah mesti
dipertingkatkan.
Kesedaran tentang amalan keselamatan merupakan satu perkara yang penting kepada majikan iaitu guru besar dan juga guru serta pelajar bagi memastikan keselamatan di kawasan sekolah terjamin serta dapat mengurangkan risiko kemalangan.
Objektif Kajian
- Mengetahui definisi pengurusan keselamatan sekolah
- Menjelaskan kepentingan sistem pengurusan keselamatan di sekolah
- Mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh sekolah dalam meningkatkan keselamatan sekolah
- Mengaitkan keberkesanan pengurusan keselamatan sekolah terhadap warga sekolah
Metodologi
1. Kaedah soal selidik
- Borang soal selidik dihantar melalui aplikasi Whatsapp.
- Sebanyak 20 orang responden iaitu terdiri daripada guru.
2. Kajian Kepustakaan
- Mendapatkan maklumat melalui bacaan di dalam internet seperti jurnal, blog, tesis, dan buku atas talian.
Dapatan Kajian
1. Definisi
Pengurusan Keselamatan Sekolah
a. Definisi Pengurusan
- Pengurusan boleh didefinisikan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi.
b. Definisi Keselamatan Sekolah
- Suatu keadaan persekitaran di mana seseorang dapat menjalankan aktiviti harian dan lain-lain aktiviti anjuran sekolah dengan selamat, harmonis, risiko rendah, tanpa sebarang halangan dan kemalangan.
2. Menerangkan
Kepentingan Sistem Pengurusan Keselamatan di Sekolah
a. Kawalan Keluar Masuk Sekolah
- Sekolah dapat mengawal pergerakan orang yang tidak dikenali dalam kawasan sekolah dan akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah atau polis mengesan pihak yang bertanggungjawab jika sesuatu berlaku.
b. Menyediakan Prasarana dan Kawasan Selamat
- Segala kemalangan pada warga sekolah dapat dielakkan dan pelajar dapat belajar dapat menuntut ilmu dalam keadaan selamat. Bangunan-bangunan dan padang diselenggara dengan baik dan semak-samun dibersihkan.
c. Pernyataan Misi dan Peraturan Sekolah yang Mengutamakan
Keselamatan
- Pengetua perlulah memastikan semua dokumen mengenai pekeliling berkaitan, undang-undang, akta yang dikeluarkan oleh pihak berwajib didedahkan kepada semua guru dan pelajar serta difahami dengan jelas oleh semua pihak yang terlibat di sekolah.
d. Menyediakan Sistem dan Prosedur Keselamatan Pelajar dan
Sekolah
- Pelaksanaan mengenai peraturan keselamatan di sekolah perlu dijalankan secara tegas dan berterusan. Ini meliputi peraturan keselamatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum, peraturan di bangunan sekolah seperti bilik darjah, bengkel dan makmal, disiplin murid, lawatan dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelajar. Pihak polis juga boleh melakukan rondaan berjadual di kawasan sekolah dan memberikan ceramah berkaitan hal-hal keselamatan kepada warga sekolah.
- Talian bantuan kecemasan yang menghubungkan sekolah dengan Balai Polis, Jabatan Perkhidmatan Bomba dan hospital berhampiran perlu diwujudkan disekolah.Usaha pencegahan kebakaran juga perlu ditingkatkan seperti pelan kebakaran, pemadam api dan sebagainya. Surat Pekeliling Ikhtisas mengenainya juga perlu dipatuhi.
e.
Mewujudkan Sistem Pelaporan dan Aduan
- Pengetua sekolah juga perlu mewujudkan tatacara yang jelas mengenai cara membuat pelaporan tentang insiden atau orang-orang yang berniat jahat. Ini dapat memberi peluang selain daripada masyarakat luar seperti pelajar, guru, ataupun staf memberi komen atau pendapat mereka secara dalaman. Maklumat-maklumat yang diperolehi boleh dijadikan panduan untuk menambahbaikkan lagi pengurusan aktiviti-aktiviti yang melibatkan sekolah.
f. Mempertingkatkan Mutu Disiplin
- Pelajar perlu menerima struktur peraturan sekolah sebagai suatu undang-undang dan bukannya mesti dipatuhi kerana dikuatkuasakan pentadbir sekolah. Pelajar perlu mengelakkan diri dari ponteng sekolah ini kerana akan memberi kesan kepada pencapaian pelajar dan self-esteemnya. Bermula dengan kegagalan akademik, rasa rendah diri, kecewa dan hilang minat terhadap belajar akan mendorong pelajar bersikap agresif dan merosakkan harga awam (Glasser, 1969).
g. Membincangkan Isu Keselamatan
Secara Terbuka
- Pengetua boleh menggunakan apa sahaja ruang seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru kelas, dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya untuk memberi pesanan bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing.
h.
Mewujudkan Hubungan yang Baik dengan Keluarga dan Masyarakat
- Pihak sekolah boleh mendapatkan kerjasama daripada pihak polis, RELA dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. Dari semasa ke semasa sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkembangan persekolahan.
3. Langkah-langkah
Pengurusan Keselamatan Sekolah
a. Memanfaatkan Penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
- Ibu bapa boleh melibatkan diri secara sukarela dalam aktiviti rondaan keselamatan, bantuan dan pemantauan terutama ketika waktu puncak pelajar datang dan pulang dari sekolah.
b. Penglibatan Warga Sekolah dalam Mematuhi Peraturan Sekolah
- Para pentadbir, staf dan pelajar perlu memahami peraturan sekolah dan akibatnya jika melanggar peraturan sekolah.
c. Menjalinkan Kerjasama dengan Pihak Luar seperti Polis,
Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) sebagai Kumpulan Sokongan Sekolah
- Kerjasama rapat antara pihak sekolah dan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) terdiri daripada pegawai polis menjadi mekanisme terbaik menangani isu disiplin dan pembabitan pelajar dalam kegiatan jenayah.
d. Mewujudkan Pelan Pembangunan Krisis (PPK) yang digunakan
dalam Menghadapi Suasana Kecemasan dan Langkah-langkah yang Perlu selepas Insiden
- Pelan khusus dan komprehensif yang digunakan dalam menghadapi suasana kecemasan dan langkah-langkah perlu selepas insiden. Pelan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah untuk mengenalpasti senarai nombor-nombor telefon agensi-agensi yang boleh dihubungi semasa kecemasan, langkah-langkah pemberitahuan ibu bapa cara memindahkan pelajar, polisi dan prosedur bagi mengendalikan pihak media, tanggungjawab menyimpan rekod kejadian serta pelbagai situasi termasuk yang di luar jangkaan.
4. Mengaitkan
Keberkesanan Pengurusan Keselamatan Sekolah terhadap Warga Sekolah
a. Misi, Visi dan Matlamat Sekolah Jelas kepada Seluruh
Warga Sekolah
- Warga sekolah mengetahui bahawa misi, visi dan matlamat sekolah meletakkan kepentingan yang tinggi dalam aspek pengurusan keselamatan sekolah.
b. Hubungan Interpersonal antara Guru, Pelajar,
Ibu bapa, Pengetua dan Staf Berjalan Positif dan Saling Mempercayai
- Apabila keselamatan sekolah terjamin, hubungan baik antara warga sekolah dan ibu bapa dalam keadaan harmoni. Sikap saling mempercayai menjadi kuat antara satu sama lain.
c. Komuniti
akan Merasai Kepunyaan dan Selamat terhadap Sekolah
- Keselamatan sekolah membuat pelajar berasa selamat untuk menuntut ilmu. Ibu bapa juga tidak merasa ragu-ragu untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana mempunyai pengurusan keselamatan yang baik.
d. Kualiti dan Standard Pelajar Sentiasa pada Tahap
yang Tinggi
- Pelajar akan menjadi fokus dalam menimba ilmu dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik mereka. Sekolah yang cakna berkenaan pengurusan keselamatan sekolah dapat meningkatkan kualiti dan standard pelajar pada tahap maksimum.
e. Peraturan dan Interaksi dijadikan Landasan Melaksanakan Tanggungjawab
- Segala tindakan warga sekolah berlandaskan peraturan yang ditetapkan. Pelajar, staf, guru mahupun pihak pengurusan pentadbir akan melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan berlandaskan peraturan agar dapat mewujudkan persekitaran yang positif dalam sekolah.
f. Kecuaian dapat dielakkan dan Komitmen Bekerja Sentiasa Tinggi
- Pengurusan keselamatan yang efektif dapat mengelakkan kecuaian berlaku seperti tergelincir akibat paip bocor. Jaminan kselamatan di sekolah dapat menyemai semangat komitmen berkerja yang tinggi dalam kalangan warga sekolah.
Perbincangan
a. Berdasarkan dapatan kajian, kelemahan pengurusan
keselamatan sekolah yang tidak terkawal/diabaikan akan menyebabkan:
- Kawasan sekolah menjadi tempat yang tidak selamat untuk pelajar
- Kemalangan dan pencerobohan terhadap sekolah akan cenderung berlaku
- Kecaman terhadap pengurusan sekolah dari pelbagai pihak
- Sekolah menjadi institusi yang tidak selamat untuk menuntut ilmu
- Martabat sekolah sebagai pusat menuntut ilmu akan tergugat
- Ibubapa/ penjaga pelajar kurang berkeyakinan untuk menghantar pelajar ke sekolah
b. Kekuatan
- Pelajar dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan harmoni
- Kawasan sekolah yang lengkap dengan sistem keselamatan dapat menjamin keselamatan pelajar
- Komunikasi berkesan dapat diwujudkan bagi mengelakkan perselisihan faham
- Masalah disiplin pelajar dapat dikurangkan
Rumusan
Aspek keselamatan adalah amat penting bagi memastikan tiada berlaku kecelakaan dan
semua pihak haruslah peka dan mengambil langkah waspada dengan melakukan langkah-langkah keselamatan
yang telah ditetapkan. Keselamatan ini perlu diberi perhatian tidak kira
dimana-mana kawasan sekolah seperti pintu pagar, makmal, bilik darjah, padang
dan dewan sekolah supaya
keselamatan sekolah dan warga sekolah dalam keadaan terjamin.
No comments:
Post a Comment