Objetif Kajian
- Mengenalpasti kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK)
- Memahami Konsep Kecerdasan Pelbagai
- Mengetahui program-program yang dilaksanakan untuk murid berkeperluan khas (MBK)
- Mengetahui kaedah pengurusan murid berkeperluan khas dari segi pengajaran dan pembelajaran, pengurusan diri dan pengurusan tingkah laku.
- Mengenal pasti masalah yang berlaku dalam mengurus murid berkeperluan khas (MBK) dalam kalangan guru.
- Membincangkan implikasi terhadap cabaran yang dihadapi yang dihadapi oleh guru.
Metodologi Kajian
1. Kaedah Kepustakaan
Menggunakan
bahan-bahan daripada buku, jurnal, artikel, tesis, akhbar dan laman sesawang
yang dipercayai yang tersedia yang berkaitan dengan kajian.
2. Kaedah Temubual
Seorang
guru
Dapatan Kajian
1. Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK)
Merujuk
kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid
berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal
perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana
yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid
yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran,
ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau
mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan.
Kategori Murid Berkeperluan Khas (MBK)
2. Konsep
Kecerdasan Pelbagai
Teori
Kecerdasan Pelbagai diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut
beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia
juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang
pendidikan dan suasana pembelajaran. Dr Howard Gardner memperkenalkan sembilan
jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Setiap kecerdasan
adalah berasingan dan tidak saling bergantung, kerana seseorang individu
mungkin cemerlang dalam satu bidang kemahiran tetapi lemah dalam bidang
kecerdasan yang lain.
- Program Pendidikan Khas telah berkembang di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia semenjak sistem pendidikan kebangsaan diwujudkan pada tahun 1957.
- Satu unit khas yang dikenali sebagai Unit Pelajaran Khas telah ditubuhkan pada tahun 1964, ditempatkan di Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, sehinggalah diganti dengan Jabatan Pendidikan Khas mulai Oktober 1995.
- Dengan adanya Jabatan Pendidikan Khas ini, Jabatan Pelajaran Negeri telah mewujudkan Unit Pendidikan Khas di jabatan masing-masing. Dengan penstrukturan semula Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Khas ini dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Khas.
- Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 41 Akta 1996 pula menekankan penubuhan sekolah “sekolah khas” ertinya sekolah yang menyediakan pendidikan khas.
- ‘Pendidikan Khas’ ertinya pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas, atau di sekolah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan Inklusif, pada peringkat prasekolah, rendah, menengah dan lepasan menengah.
- Program yang dilaksanakan untuk murid berkeperluan khas:
4. Kaedah Pengurusan Murid Berkeperluan Khas dari segi:
i. Pengajaran dan pembelajaran
- Menggunakan kurikulum yang khusus yang dibina oleh KPM
- Mengambil kira aspek perancangan masa dan bilangan aktiviti yang dijalankan
- Menggunakan bahan bantu mengajar (ABM) dan kaedah Multisensori
- Membentuk kumpulan kecil yang dimana murid dibahagikan kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kemahiran.
ii. Tingkah Laku
- Boleh diuruskan dengan mengaplikasikan beberapa teknik.
- Teknik pertama alat pengukuran personal dengan menggunakan kaedah pendekatan fizikal.
- Teknik kedua, ialah pencegahan dengan menggunakan kaedah Visual Strategy
- Kaedah Modelling, dan Penggunaan Token
iii. Pengurusan Diri
- Menyediakan subjek pengurusan diri kepada para pelajar atipikal
- Melatih murid melakukan aktiviti-aktiviti menguruskan diri seperti penjagaan wanita kepada murid perempuan, memakai pakaian, basuh tangan dan lain-lain aktiviti yang dilakukan sepanang hari mereka.
5. Masalah yang
Berlaku dalam Mengurus MBK dalam Kalangan Guru
- Kesukaran dalam memupuk kepercayaan dan perhatian setiap kali ingin memulakan aktiviti PdP.
- Berhadapan kesukaran untuk menyampaikan maklumat dalam sesuatu pengajaran
- Pelbagai aksi ataupun sikap yang tidak menyenangkan seperti memberontak yang dapat mengundang kecederaan sama ada kepada diri sendiri, rakan dan guru.
- Ketidakcekapan guru dalam mengurus tingkah laku murid
- Ibubapa meletakkan harapan tinggi terhadap guru dalam mendidik anak-anak mereka.
Implikasi terhadap
Cabaran yang Dihadapi oleh Guru
- Keperibadian guru akan meningkat ke tahap yang lebih baik
- Hubungan guru dengan ibu bapa akan terjaga dengan baik
- Penyampaian pengajaran guru akan menjadi sesuatu yang menarik dan pelbagai
- Tahap profesionalisme dapat ditingkatkan apabila guru mengutip pengalaman yang berlaku semasa pendidikan MBK
- Guru berjaya dalam melahirkan anak murid berkeperluan khas sebagai insan yang berpotensi
Rumusan 1
- Komitmen negara untuk memberi ruang pendidikan kepada golongan berkeperluan khas ini dapat dilihat melalui pelaksanaan pelbagai program untuk murid berkeperluan khas. Sehingga kini, Kementerian Pendidikan Malaysia banyak menjalankan dan menyediakan program-program berbentuk pendidikan mahupun sokongan kepada murid berkeperluan khas (MBK).
- Hasil daripada kurikulum yang dibentuk khusus untuk golongan murid berkeperluan khas yang bertujuan untuk membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi masyarakat yang berguna dan berdikari.
- Dengan terlaksananya transformasi dalam pendidikan khas, murid berkeperluan khas akan berpeluang mendapat pendidikan, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang setanding dengan murid aliran perdana.
Rumusan 2
- Menjadi harapan kita, suatu masa nanti agar generasi murid berkeperluan khas ini turut menjadi sumber tenaga terhadap perkembangan global dan sama sama menjadi penyumbang kepada kemajuan negara.
- Mereka tidak lagi menjadi bebanan kepada masyarakat, keluarga dan negara. Malah mereka berdiri sama gagah dengan individu normal yang lain dengan semangat juang yang tinggi.
- Setiap murid berkeperluan khas perlu dipastikan menerima pendidikan formal hingga ke tahap yang mampu mereka usahakan.
- Melalui pendidikan formal, proses pendidikan mereka akan lebih sistematik dan berjaya supaya pendidikan yang diterima membolehkan mereka mampu berdikari dalam menjalani kehidupan seharian.
- Oleh sebab itu, pengurusan pelbagai upaya memainkan peranan penting dalam memastikan murid berkeperluan khas ini tidak keciciran dalam dunia pendidikan.







No comments:
Post a Comment